Keputusan rakyat pada pru ke 14 menjadi sejarah negara kerana buat pertama kalinya parti yang terbesar di negara ini dan telah memerintah sejak sekian lama dengan pelbagai inisiatif bantuan tumbang sekelip mata dalam keadaan yang amat memalukan.
Keputusan rakyat tersebut adalah kehendak mereka sebagai pengundi. Tidak boleh dinafikan krmungkinan kerana termakan hasutan fitnah yang dibuat hampir setiap saat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan juga kepimpinan utama negara, Perdana Menteri Dai Sri Najib Razak serta ahli keluarganya.
Hamburan fitnah yang dirancang tidak mampu untuk BN bertahan dan akhirnya rebah dengan angka kekalahan yang amat memalukan.
Sejarah negara juga tercipta apabila Malaysia dipimpin sekali lagi oleh Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ke 4 tetapi kali ini menumbangkan BN dengan gabungan parti barunya bersama DAP dan PKR.
Namun kerajaan yang menang dengan fitnah tidak mampu bertahan lama. Mereka, Pakatan Harapan (PH) tidak kompeten dan rakyat kecewa apabila yang sebenarnya mengawal selia kerajaan adalah Dap dan bukannya Mahathir yang asalnya dari UMNO. Mahathir menjadi boneka, patung robot yang dikawal selia oleh DAP dan PKR sendiri pun seolah tunggul mati di dalam kerajaan baharu itu.
Kemelut antara 3 parti itu menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan dan Muhyiddin mengambil alih jawatan nombor satu negara setelah PH yang diberi mandat oleh rakyat runtuh dengan sendiri dalam masa 22 bulan memerintah.
Muhyiddin naik dengan nama ‘kerajaan campuran’. PPBM, UMNO BN dan PAS sebagai tonggak utama termasuk wakil dari parti kerajaan Sarawak.
Muhyiddin dichop sebagai boneka dan pengikut setia Mahathir juga gagal secara terang terangan apabila di saat beliau menjadi Perdana Menteri, pandemik covid19 melanda dunia dan Malaysia terkesan dengan angka jangkitan yang menakutkan. Jumlah yang dijangkiti dan angka kematian jelas menunjukkan Muhyiddin dan barisan kabinetnya gagal mengawal virus yang membawa maut itu.
Di waktu yang sama, ekonomi negara merudum dan hutang negara mula memberi petunjuk yang memberi ketakutan kepada pelabur besar dari luar negara. Mereka mula menutup operasi di negara ini dan terus berpindah ke negara jiran. Bayangkan negara jiran juga mengalami kejutan virus membunuh ini tetapi mereka boleh mengawal rakyat dan ekonomi serentak dengan urus tadbir yang baik. Muhyiddin? Gagal dan akhirnya terpaksa meletak jawatan setelah diasak oleh rakyat dan juga hilang kepercayaan dari sejumlah ahli parlimen.
17 bulan memimpin, hutang negara hampir mencecah RM1 trilion, jumlah jangkita covid 19 melepasi 20 ribu orang sehari dang angka kematian harian yang menakutkan. Muhyiddin berundur dalam keadaan memalukan.
Kini, Ismail Sabri naik sebagai Perdana Menteri ke 9. Dari jawatan Naib Presiden UMNO dan antara jemaah kabinet BN yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negara.
Baru melepasi 100 hari memimpin pasukan kabinet yang hampir sama orangnya yang dari pelbagai parti. Sekali lagi kerajaan campuran wujud dan bezanya kali ini Perdana Menteri dari UMNO BN.
Nampak petunjuk jelas dari rakyat merindui pemimpin utama negara dari UMNO BN. Mereka boleh menilai sendiri bahawa Mahathir dan Muhyiddin gagal mengurus rakyat.
Bukan senang Ismail Sabri mengambil alih kepimpinan negara dengan asas yang sama iaitu kerajaan campuran. Beban hutang negara dan ditambah dengan pandemik covid yang memasuki fasa baharu, wujud virus baru, omicron dan di waktu yang sama diuji dengan bala banjir di beberapa negeri termasuk Selangor.
Walaupun mendapat kecaman pada awalnya di Selangor, akhirnya rakyat Selangor sedar kesilapan adalah berpunca dari Menteri Besar Selangor tidak bertindak pantas. Bila dah tersepit barulah beliau meminta bantuan dari kerajaan pusat.
Di negeri lain termasuk Johor, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak. Ismail menunjukkan wibawa mengurus bencana melalui arahan berpusat dengan sop yang telah lama wujud di peringkat agensi bencana iaitu MKN. Mangsa belum pulang ke rumah, bantuan telah sampai. Mangsa banjir masih di pusat pemindahan, segala peruntukan bantuan kepada mangsa sudah diselesaikan.
Rakyat perlu melihat dari perpektif positif. Kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri mampu menguruskan negara dan rakyat apabila mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk rakyat negara sendiri.
Peluang untuk melihat sinar di hujung terowong melalui pemimpin dari UMNO BN bakal menjadi sesuatu yang bukannya retorik. Pengalaman mentadbir negara lebih dari 60 tahun, kilang kepimpinan dari UMNO BN yang tidak pernah berhenti melahirkan individu yang mampu memimpin negara bukannya suatu khayalan tetapi ianya satu bukti jelas indikasi membawa negara dan keluar dari kemelut yang amat sukar.
Bantulah kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri untuk membantu rakyat. Beliau perlu sokongan rakyat seperti perdana menteri dari UMNO BN sebelumnya.
Malaysia mampu bangkit sekiranya semangat #KeluargaMalaysia yang dibawa Ismail Sabri diselami oleh seluruh rakyat negara ini.
#KeluargaMalaysia bukan hanya slogan di bibir namun ianya satu kesatuan keluarga yang diperlukan untuk meletak kembali Malaysia di trek yang sepatutnya.
Keluarga, paha kiri dicubit, paha kanan juga rasa sakitnya.