Rafizi pernah umumkan bersara dari dunia politik. Namun beliau muncul semula kali ini adalah dengan berwajah baru. Beliau kelihatan lebih pro kepada Muhyiddin yang disokong oleh DAP agar dapat menyatukan seluruh Pakatan Harapan (PH) melalui “Khemah Besar”.
Halangan utama kepada Khemah Besar ialah DS Anwar Ibrahim yang masih bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri dengan matlamat ingin menurunkan harga minyak.
Pihak-pihak dalam PH yang terikat dalam MoU bagaikan dikunci mulutnya. Maka satu-satunya yang boleh bersuara melakukan serangan terhadap mana-mana Ahli Parlimen serta menjatuhkan pengaruh Anwar dalam PH khususnya PKR hanyalah Rafizi memandangkan beliau bukan Ahli Parlimen.
Apabila baru-baru ini Rafizi Ramli mencadangkan agar ahli-ahli PKR seluruh negara membuat satu laporan polis terhadap Najib atas tuduhan cuai dalam menangani isu tuntutan waris Sultan Sulu, tanpa disedari sebenarnya sasaran Rafizi adalah Anwar Ibrahim yang merupakan presiden PKR.
Berdasarkan pendedahan yang dirujuk daripada blog http://sejarahmelayu.blogspot.com serta beberapa blog yang lain lagi, dalang di sebalik serangan insiden Lahad Datu adalah Anwar Ibrahim sendiri.
Maka serangan Rafizi dan ahli-ahli PKR dengan kaedah membuat laporan polis terhadap Najib tersebut sebenarnya boleh dikatakan sebagai satu kaedah menjadikan Anwar Ibrahim sebagai sasaran sebenar bagi memudahkan laluan Rafizi menguasai PKR.
Kalau sebelum ini Rafizi telah berjaya menjadikan Anwar mangsa dalam sebuah perdebatan dengan Najib atas isu Sapura, nampaknya Rafizi sekali lagi menggunakan kaedah yang sama juga untuk kambing hitamkan Anwar semula.
Maka tidak hairan apabila Anwar baru-baru ini mengatakan bahawa “Rafizi memeningkan kepala, tapi ucapan (dalam Kongres Nasional PKR) memberinya ‘Panadol’ ”, satu kiasan terhadap isu sebenar yang sedang dirasai oleh Anwar.
Nampaknya matlamat Rafizi untuk menguasai PKR sebelum pembubaran parliman bagi memberi laluan kepada PRU15 semakin agresif dan tidak mampu lagi dikawal oleh Anwar meskipun beliau adalah presiden PKR.
Malangnya, kaedah Rafizi menyerang Najib secara “machiavelli” dengan membuat laporan polis atas tuduhan tidak berfakta dan berbau fitnah serta menipu ini boleh menyebabkan diri beliau sendiri yang bakal menjadi mangsa. Ia tidak ubah bagaikan perangkap makan tuan.
Kepada ahli-ahli PKR yang telah membuat laporan polis yang akan menyebabkan RCI terpaksa ditubuhkan hingga mendedahkan dalang sebenar isu penceroboh Lahad Datu dan cubaan rampasan aset negara Petronas, adakah anda akan menyesal kerana menyebabkan PKR berpecah?

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini