Saturday, July 19, 2025

BERITA PILIHAN

SENARAI BERITA BERKAITAN

Skandal LCS – kejujuran PAC diragui?

Saya dah baca 169 mukasurat (tak termasuk lampiran) laporan PAC berkenaan ‘skandal’ kapal LCS.

Saya percaya laporan ini boleh jadi asas untuk kerajaan ambil tindakan seperti penubuhan Suruhanjaya Diraja, tetapi ada beberapa perkara yang penting namun seolah sengaja tidak ditekan oleh orang politik di kedua-dua pihak.

1. Laporan ini langsung tidak menunjukkan adanya money trail ataupun rasuah yang berlaku antara kontraktor dan Menteri. Yang dilaporkan sebagai punca kelewatan adalah masalah koordinasi yang berlaku antara kontraktor BNS, TLDM dan pengeluar OEM di Perancis. Boleh rujuk ms 12

2. Dirumuskan bahawa 15% daripada stok bernilai RM1.7 bilion sudah usang (obsolete). Tetapi tidak pula dinyatakan adakah kerana ia berlaku kerana tempahan terlalu awal atau kerana projek disejukbekukan / ditangguh antara akhir 2018 – akhir 2021 (hampir 3 tahun). Kalau 3 tahun tangguh memanglah teknologi boleh obsolete.

Dan stok RM1.7 bilion ini hanya sebahagian sahaja dibayar kerajaan. Boleh rujuk ms 109.

Jadi saya tak faham kenapa fakta ini tidak ditimbulkan dan hanya dihighlight bahawa RM1.7b stok telah usang – seolah-olah nak bagitahu RM1.7b ini ‘dimakan seseorang’

3. Ada anggota PAC tulis di Facebook bahawa RM6 bilion hangus tapi pelan pun tak ada. Saya ingat anggota PAC ini sendiri tak baca laporan atau tak ingat apa yang dia baca.

Dalam ms 58 dinyatakan pelan binaan (construction plan) memang dah siap dan lulus. Pelan perincian (detail drawing) pun dah siap. Cuma pembekal OEM di Perancis belum luluskan. Jadi macammana boleh kata pelan tak ada?

4. Ada ahli politik yang tuduh kontraktor BNS ini kroni sebab tidak dikenakan denda lewat (Liquidated & Ascertained Damages – LAD). Ahli politik ini mungkin tidak faham pengurusan kontrak.

LAD hanya boleh dikenakan jika projek gagal siap melebihi tempoh kontrak DAN berlaku disebabkan oleh kelemahan kontraktor. Tapi jika ia lewat kerana arahan SO atau force majeure contohnya, kontraktor berhak kepada tambahan masa (Extension of time – EOT) dan pampasan (Loss & Expenses).

Dalam isu kapal LCS 1, ia sepatutnya diserah pada April 2019. Dan disebabkan kerajaan antara 2018 -2019 melambat dan membeku projek tersebut, masuklah mahkamah mana pun memang kontraktor akan menang tuntutan EOT.

Peliknya, perkara sebegini juga tiada dalam laporan PAC

5. Tiada tambahan kos kepada kontrak asal. Malahan pada ms 13 disebutkan bahawa Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah meminta Kementerian Pertahanan menangguhkan projek jika kos projek melebihi RM9 bilion (kontraktor minta RM10b). Kos RM9b itu kekal.

6. Isu terlebih bayar juga sebenarnya tidak begitu kuat. Ini kerana walaupun progress fizikal tak sampai dengan progress bayaran, tetapi kerajaan masih boleh bayar berdasarkan aktiviti atau material.

Benda ini sebenarnya amalan normal dalam industri penbinaan. Biasanya kita bayar atas nama ‘material on site’ (barang di tapak). Contohnya katalah ada switchgear sampai di tapak bina, konsultan sudah boleh luluskan bayaran senilai dengan material walaupun ia belum dipasang.

7. Kelewatan projek ini memang berlaku pada zaman BN. Tetapi ia menjadi parah apabila kerajaan PH melambat dan membeku projek tersebut pada zaman mereka atas alasan siasatan. Sedangkan siasatan ini sebenarnya boleh dibuat secara concurrent dengan pembinaan kapal.

Berdasarkan rancangan BNS, jika tiada gangguan dari kerajaan PH pada ketika itu, kapal LCS 1 dapat diserahkan selewat-lewatnya antara akhir 2020 – pertengahan 2021). Dan kerajaan masih boleh mengenakan LAD ke atas kontraktor.

Jadi yang saya hairan, kenapa bekas menteri pertahanan YB Mohamad Sabu tidak dipanggil oleh PAC bagi menjelaskan tindakan kerajaan PH?

Atas sebab itu saya setuju jika wujud gesaan penubuhan RCI dalam isu ini. Saya tidak setuju ia dibahaskan secara terbuka di parlimen kerana ia boleh mendedahkan terlalu banyak rahsia persenjataan negara kepada dunia.

Ini common sense paling asas

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu