Riyadh: Cuaca sejuk diiringi hujan lebat menjadikan kawasan padang pasir di utara Arab Saudi ditumbuhi bunga ungu hingga menarik kehadiran pengunjung dari seluruh Semenanjung negara ini.

Seorang daripadanya adalah Muhammad al-Mutairi yang sanggup memandu hampir enam jam dari kampung halamannya di tengah Arab Saudi untuk melihat keindahan pemandangan itu.

“Tiada siapa menjangkakan ia berlaku di Arab Saudi,” kata pesara guru berusia 50 tahun itu kepada AFP sambil meninjau padang pasir di sekitar Rafha, dekat dengan sempadan Iraq.

“Bau dan pemandangannya amat menenangkan jiwa,” katanya mengenai tumbuhan yang dikenali dalam bahasa Arab sebagai lavender liar.

Hujan musim sejuk membawa banjir di bahagian barat Arab Saudi akhir tahun lalu, tetapi di bahagian utara ada tumbuhan yang membiak di tengah padang pasir.

Nasser al-Karaani mengembara sejauh 770 kilometer dari bandar ini untuk melihat bunga berwarna-warni itu sebelum layu.

“Ia berlaku dalam tempoh antara 15 hingga 20 hari setahun, dan kami datang ke sini khusus untuk menikmatinya,” kata ahli perniagaan Saudi berusia 55 tahun itu.

Dia memunggah khemah dari kenderaan empat rodanya bersama sekumpulan rakan sebelum berkumpul di sekitar api sambil menikmati secawan teh panas.

“Suasana ini membuatkan saya berasa tenang,” kata Karaani yang memakai jaket tebal di atas pakaian tradisionalnya.

Di seberang padang pasir, pelawat memasang khemah dan memasak makanan di atas api.Penduduk di kawasan itu menempatkan unta jauh dari kawasan itu untuk menghalang mereka memakan bunga yang menarik perhatian pelancong.

Hamza al-Mutairi, yang berkhemah dengan rakan-rakan berkata, dia berasa tenang dengan pemandangan semula jadi itu.”Ia memberi seseorang motivasi baharu untuk hidup,” kata warga Saudi berusia 56 tahun itu.

Sementara, Abdul Rahman al-Marri berkata dia memandu jauh dari negara asalnya Qatar untuk melihat bunga yang berkembang mekar. “Pemandangan itu berbaloi dengan perjalanan lebih 12 jam. Seolah-olah anda berada di syurga,” katanya.

Perubahan padang pasir Arab Saudi menjadi kebun lavender dipicu oleh hujan musim dingin (winter rain) yang lebat. Di bagian barat, hujan mengakibatkan daratan terendam air. Sementara di wilayah utara, bunga-bunga bermunculan.

Berdasarkan catatan Aramco World, munculnya bunga di gundukan pasir sudah terjadi sejak musim semi pada Januari sampai Februari 1968. Selama musim hujan dengan intensitas tinggi sekitar 1973-1974, Arab Saudi sisi utara sepanjang perbatasan Irak dan Yordania telah diselubungi rumput serta bunga liar.

Lantaran terdapat beberapa hadits yang menyebutkan beberapa gejala mendekati akhir zaman, salah satunya pada hadits Muslim.

Ertinya, “Kiamat tidak akan terjadi apabila harta menjadi banyak, sampai seseorang keluar memberi zakat dan tidak menemukan orang yang tepat untuk menerimanya. Hingga Arab Saudi kembali berubah menjadi tanah lapang dipenuhi tumbuhan dan sungai-sungai mengalir” (HR. Muslim).

Lantas, apakah kemunculan lavender di gurun pasir Arab benar-benar menjadi tanda bahwa kehidupan di bumi bakal berhenti? Bagaimana menurut Anda?