ANKARA 21 Nov 2023 – Sekitar 1,000 kapal akan berlayar dari Turki ke Gaza pekan ini untuk menentang menyekat perairan laut Israel, menurut laporan dari berita Turki Haber7.

Laporan itu menyatakan kapal-kapal tersebut akan membawa seramai 4500 orang dari 40 negara yang berbeza.

Haber7 mengatakan perhimpunan armada tersebut bertujuan membuat kesibukan di perairan antarabangsa di luar pantai Gaza dan menyekat jalur pelayaran ke Israel bagi memprotes operasi militer Israel di Palestina.

Pelayaran ini dianjurkan oleh Asosiasi Kebebasan dan Solidaritas Mavi Marmara, yang mengambil bahagian dalam perhimpunan serupa pada tahun 2010 dengan mengirimkan bantuan kemanusiaan ke Gaza yang mana operasi tersebut berakhir dengan tragedi ketika pasukan komando Israel menyerbu kapal bantuan tersebut, menewaskan sepuluh aktivis Turki di atas kapal MV Mavi Marmara.

Penganjur, Volkan Okcu, mengatakan kepada Haber7 bahawa peserta pelayaran ini “secara ketat akan mengikuti peraturan antarabangsa” dan tidak akan membawa sebarang pensenjataan.

Tujuan utama adalah untuk menganggu perairan antarabangsa di luar pantai Israel dengan berharap akan menyebabkan penghantaran barangan ke Israel mungkin akan mengalami gangguan kemasukan selama seminggu atau lebih dari itu.

Sementara itu, Raja Yordania Abdullah menegaskan masyarakat antarabangsa harus mendesak gencatan senjata segera di Gaza bagi menghentikan krisis kemanusiaan yang semakin teruk disebabkan oleh apa yang dia gambarkan sebagai “perang buruk Israel terhadap warga Palestina,” –  laporan Reuters.