Belum reda penderitaan akibat perang, hujan lebat dan cuaca sejuk di Gaza memberi cabaran besar kepada rakyat Palestin.

Tidak hanya kekurangan keperluan asas, kehidupan mereka di khemah yang didirikan di Rafah menyukarkan mereka untuk berlindung daripada hujan lebat.

Menurut data PBB, seramai 1.9 juta daripada 2.4 rakyat Gaza kehilangan tempat tinggal dengan kebanyakan mereka telah berpindah ke kawasan paling selatan.

Di Rafah, selain memakai pakaian tebal, penduduk menggunakan pelbagai cara untuk memanaskan badan termasuklah duduk mengelilingi api bagi merasai sedikit kehangatan.

Menurut penduduk utara Gaza yang berpindah ke Rafah, khemah mereka hanya dipenuhi dengan air hujan.

Lebih sadis, penduduk dengan kebanyakannya adalah kanak-kanak hanya menggunakan plastik nipis untuk berlindung daripada hujan.

Sementara itu, video yang dikongsi jurufoto Palestin di Instagram menggambarkan situasi sama di khan Yunis di mana anak kecil terpaksa duduk di bawah meja untuk berlindung daripada hujan.

Selain Khan Yunis, Rafah turut diserang hebat dengan angka korban terus meningkat.

Israel sebelum ini memberi arahan kepada rakyat Gaza untuk berpindah ke selatan, namun kawasan yang kononnya selamat itu turut menjadi sasaran zionis.

Kita mungkin dapat melawan kedinginan winter ini dengan segala kelengkapan seperti heater, baju sejuk yang berlapis-lapis, kasut but, topi dan lain-lain.

Namun bagi mereka yang terpaksa menghuni di bawah nipisnya kain kanvas khemah pelarian mereka, ianya bukan sesuatu yang mudah.

Kredit – Alhijrah Online

Semoga dengan sumbangan seikhlas anda melalui pelbagai agensi serta ngo yang sedia ada dapatlah mereka bertahan, sekurang-kurangnya sehingga berakhir musim sejuk pada pertengahan Mac 2024. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini