Pada masa dimana kita tidak pernah bergantung pada semikonduktor ia tidak akan memberi kesan, namum bagaimanakah kekurangan cip diperingkat global akan memberi kesan jika ia berlaku pada masa kini ?
Ahli Ekonomi Kanan, Moody’s Analytics, Tim Uy berkata lonjakan kes COVID-19 akibat penularan varian Omicron dijangka membawa kesan sederhana ke atas rantaian bekalan cip semikonduktor.
Beliau berkata, kadar vaksinasi tinggi di negara pengeluar cip utama di seluruh dunia berbanding kadar yang rendah semasa penularan varian Delta pada pertengahan 2021, boleh mengurangkan impak Omicron COVID-19 ke atas kekurangan cip semikonduktor.
“Keadaan sangat buruk semasa penularan varian Delta pada pertengahan 2021 yang melanda Malaysia, Vietnam, Taiwan, Korea dan Jepun, negara-negara utama dalam rantaian bekalan semikonduktor. Pada masa itu kurang daripada separuh penduduk di negara terbabit menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan hanya satu perempat telah lengkap divaksin.
Moody’s Analytics juga menjangka kerajaan di seluruh dunia akan menyokong dan membiayai usaha bagi meningkatkan kapasiti domestik dalam pembuatan cip serta ketahanan bekalan-rantaian.
Penerangan ringkas bagaimana industri cip beroperasi pada masa ini – dan ke mana ia mungkin menuju pada masa hadapan.
Sumber : https://www.cgtn.com/europe/the-agenda