Sunday, May 5, 2024

BERITA PILIHAN

SENARAI BERITA BERKAITAN

KKM Perketat Pantau Penjaja Makanan Warga Asing

KUALA SELANGOR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperketatkan pemantauan terhadap penjaja makanan warga asing di sekitar ibu negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pasukannya akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras penjaja yang menjual makanan diragui status kebersihannya.

Jelas beliau, kementerian turut mengenal pasti modus operandi yang dilakukan peniaga asing terbabit.

“Kita sudah berada di situ bagi membuat tindakan dan memantau awal perkara tersebut.

“Pihak penguat kuasa KKM akan lebih cekap dan taktikal dari sudut itu bagi mengambil tindakan lanjut,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

Aktiviti jualan makanan ala ‘street food’ dari negara India yang dikerumuni warga asing dipercayai beroperasi sekitar Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada setiap Jumaat tular di media sosial sebelum ini.