KUALA LUMPUR: Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi medan ‘perang’ buat Harimau Malaya menghabiskan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun depan.

Pemilihan UAE sebagai tuan rumah untuk baki aksi Kumpulan G yang akan diadakan secara berpusat atau karnival itu disahkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hari ini.

Skuad Harimau Malaya yang dikendalikan Tan Cheng Hoe akan dijadualkan berdepan UAE pada 3 Jun, menentang Vietnam (11 Jun) dan perlawanan terakhir dengan Thailand (15 Jun).

Harimau Malaya kini menghuni tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata, dua mata di belakang pendahulu, Vietnam sementara Thailand di kedudukan ketiga selepas mengumpul lapan mata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini