Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tahu apa sebenar yang berlaku di antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendepani permasalahan yang timbul ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan.

Malah katanya segala butiran yang dibincangkan itu sedang dalam penelitian beliau.

“Saya mengetahui maksud tersurat dan tersirat serta butiran yang terdapat di dalamnya dan tentunya situasi ketika itu adalah untuk mendepani permasalahan yang timbul bagi sebuah kerajaan Perikatan Nasional dan UMNO serta BN adalah sebahagian daripadanya,” katanya selepas Majlis Ibadah Korban Perdana Ibu Pejabat UMNO dan BN bersama WTC kepada media apabila ditanya mengenai perjanjian lantikan jawatan yang dikatakan membelakangkan UMNO.

Tambah Zahid beliau telah pun meneliti segala butiran yang terdapat di dalam perjanjian berkenaan dan mengakui pihak UMNO tidak diberikan permakluman berlakunya perjanjian tersebut.

Beliau menekankan, tujuan perjanjian tersebut adalah untuk memperolehi jumlah suara yang cukup di parlimen dimana ianya tidak melibatkan parti-parti politik.

“Perkara-perkara yang terdapat dalam butiran perjanjian itu walaupun tidak dimaklumkan secara rasmi tentunya ianya bukan secara langsung melihatkan parti-parti politik,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai surat perjanjian yang didakwa ditandatangani Ismail Sabri dan Muhyiddin bagi lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini