e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan pelaksanaan yang lancar. Pertimbangan dan perancangan yang teliti telah dibuat dengan mengambil kira julat pendapatan atau jualan tahunan, bagi memastikan pembayar cukai mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk menyediakan dan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan e-Invois.
Bermula pada 1 Ogos 2024, LHDN akan melaksanakan penggunaan e-Invois secara berperingkat. Ini akan dimulakan dengan pembayar cukai yang berpendapatan atau mencapai jualan tahunan melebihi RM100 juta, sebelum ia dipanjangkan kepada syarikat-syarikat berpendapatan RM100 juta dan pendapatan RM100 Juta – RM25 Juta ke bawah pada 1 Januari 2025 dan 1 Julai 2025 kepada semua transaksi komersial. Kaedah e-Invois akan meningkatkan kecekapan dan ketelusan pembayaran cukai. Ini akan sekaligus memastikan pembayaran cukai lebih adil kepada semua pembayar cukai, tidak kira peringkat pendapatan.