LONDON – Parti Buruh memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) United Kingdom (UK) setelah berjaya melepasi majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.
Setakat pukul 8 pagi (waktu tempatan), keputusan rasmi menunjukkan parti pimpinan Keir Starmer berjaya memenangi 410 kerusi, dengan majoriti mudah diperlukan sebanyak 326.
Untuk rekod, Parlimen UK mempunyai sebanyak 650 kerusi.
Pesaing terdekat, Parti Konservatif yang dipimpin Perdana Menteri, Rishi Sunak, hanya berjaya memenangi memenangi 119 kerusi setakat ini.
Keputusan ini bermaksud, Parti Buruh berjaya menamatkan dominasi golongan konservatif ke atas kerajaan selama 14 tahun.