APAKAH status kes yang berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri ketika itu.
Persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii itu ditujukan kepada Pejabat Peguam Negara memandangkan sudah 3 bulan tiada sebarang berita.
“Ianya sudah melangkau 3 bulan semenjak ianya dibongkarkan, rakyat masih menunggu apakah tindakan Pejabat Peguam Negara terhadap kes ini.
“Kes ini melibatkan kepentingan awam, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Dalam Negeri Kerajaan PH, umum tahu berkenaan kes USKB ini, rakyat di beritakan dengan hebat kononnya Kerajaan PH mengambil tindakan undang-undang kepada pemimpin UMNO disebabkan ketelusan dan rasuah,” kata Razlan menerusi posting di Facebooknya.
Menurut Razlan, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Thommy Thomas yang merupakan lantikan Tun Mahathir pula tidak menggunakan masa yang secukupnya bagi mengambil tindakan pendakwaan.
Walaupun merujuk kepada kenyataan saksi mengatakan Muhyiddin adalah penerima wang RM1.3 juta, ianya sudah cukup untuk melakukan siasatan seterusnya mendakwa nama yang terkait.
Tambahan lagi kenyataan saksi itu merupakan kenyataan yang bersumpah.
“Dakwaan juga menyatakan Anak Buah kepada Tun Mahathir merupakan Pengerusi UKSB, juga Mahathir telah menerima wang RM2.6 juta melalui Abd Rahman.
“Wang sudah diberi, pengakuan juga telah diterima. Kenapa mengambil masa lama untuk mendakwa,” ujarnya.
Disamping itu, Razlan menekankan agar tindakan pantas perlu diambil untuk hal sebegini terutamanya melibatkan penyalahgunaan kuasa, serta melibatkan individu yang berjawatan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Dalam Negeri.
“Rakyat masih menunggu kes-kes berprofile tinggi melibatkan pemimpin PH untuk diambil tindakan,” tambah Razlan lagi.