SUHU politik negara dijangka kembali hangat berikutan kematian wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff akibat komplikasi perut selepas lebih tiga minggu menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), Pulau Pinang, Jumaat lalu.

Pemergian Nor Zamri, 56, menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat persiapan untuk Pilihan Raya Kecil ke-9 (PRK9) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Dalam lapan PRK lalu, koalisi PH-BN di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi lima kerusi manakala tiga lagi menjadi milik PN.

Justeru, kekosongan luar jangka kerusi N20 Sungai Bakap akan menjadi medan bagi PN untuk menunjukkan bahawa gelombang hijau yang dibawa parti itu masih relevan.

Justeru, ramai penganalisis politik berpendapatan PRK DUN Sungai Bakap sekali lagi akan menguji tahap sokongan antara PH-BN atau PN.

BARISAN Nasional (BN) pula akan menggerakkan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap walaupun calon yang bertanding bukan daripada gabungan berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jaminan itu dibuat bagi memastikan mana-mana calon yang bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan mampu meraih kemenangan, sekali gus memperkukuh sokongan kerajaan Pulau Pinang.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, Kerajaan Perpaduan belum memperincikan perihal berkaitan calon yang akan bertanding di DUN berkenaan.

“Formula yang digunakan adalah mana-mana parti komponen dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang berada di kedudukan kedua (dalam keputusan Pilihan Raya Negeri, pada Ogos lalu), maka parti itulah yang akan menjadi (mengetengahkan) calon,” katanya di Shanghai, hari ini.

SENARAI 8 PRK SELEPAS PRU15:

PRK Parlimen Padang Serai - susulan kematian calon PH-PKR dan penyandang, M Karupaiya pada 16 November 2022.

PRK DUN Tioman - susulan kematian calon Pas, Md Yunus Ramli pada 18 November 2022.

PRK Parlimen Kuala Terengganu - susulan kemenangan Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim dalam PRU15 dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya.

PRK DUN Jeram dan Parlimen Pulai Susulan kematian Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai 2023.

PRK DUN Jepak - susulan kematian penyandang, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September 2023

PRK Parlimen Kemaman - susulan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid dalam PRU15 dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu - susulan kematian penyandang, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

PRK DUN Sungai Bakap - susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Keputusan PRN DUN Sungai Bakap:

Jumlah Pengundi: 38,409

1. NOR ZAMRI LATIFF (PN-PAS) 15,433 (MENANG)

2. Nurhidayah Che Ros (PH-PKR) 13,870Majoriti: 1,563

Undi Rosak: 201

Jumlah Undi: 29,530

Peratus Mengundi: 76.88

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini