Semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh menyemak keputusan masing-masing bermula 10 pagi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara dalam talian pada Isnin ini.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023. Semakan dalam talian boleh dibuat menerusi laman sesawang myresultspm.moe.gov.my,” menurut KPM.

Sementara itu, mereka yang tiada akses capaian boleh hadir sendiri ke sekolah bagi mendapatkan keputusan.

KPM sebelum ini memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini dan calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing bermula 10 pagi.

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024; dan/atau

ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini