Thursday, February 12, 2026

BERITA PILIHAN

SENARAI BERITA BERKAITAN

Azam Baki jangan angkuh – Puad Zarkashi

Azam Baki kata dia hanya answerable pada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR). “Saya tidak tampil untuk memberi penjelasan kepada pihak awam”, katanya.

Bagi Datuk Puad Zarkhashi, Itu bukan jawapan yang bagus. Itu angkuh. Rakyat berhak tahu. Rakyat perlu diberitahu. Suruhanjaya Sekuriti perlu dipanggil. Perdana Menteri mesti tegas buat siasatan bebas.

Azam Baki kata dia benarkan adiknya membeli saham guna akaunnya. Ia bukan kesalahan. https://m.malaysiakini.com/news/605731.

Menurut Puad,persoalannya, kenapa benarkan adik guna akaunnya? Siapa boleh sahkan dia tidak ada kepentingan. Sebagai orang penting SPRM dia patut sedar ini isu yang amat sensitif.

`Berbagai tafsiran akan dibuat. Azam Baki boleh kata adik dia pinjam akaunnya. Tetapi publik juga boleh tuduh, itu hanya cerita rekaan. Adik dijadikan kambing hitam,

`Katakanlah Azam Baki betul. Dia tidak salah dari segi undang undang. Bagaimana dari segi moral. Apakah orang atasan SPRM boleh buat sesuka hati. Jangan diundang persepsi buruk,’ kata Puad lagi..