Friday, April 25, 2025

BERITA PILIHAN

SENARAI BERITA BERKAITAN

Tidak bermaruah,Azalina selar sikap ahli politik memalukan individu lain

AHLI Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menyelar ahli politik yang menyalah dan memalukan individu lain dalam permainan politik mereka.

Katanya, permainan politik seperti ini bukan cara orang Johor dan mempersoalkan di manakah maruah ahli-ahli politik itu.

“Di manakah maruah anda wahai ahli politik? Apabila anda melukis lawan anda dengan hitam dan menganggap mereka tidak layak?,” kata Azalina menerusi ciapan bertajuk ‘Kluster dan Koloni’ di Twitternya pada Isnin.

Azalina menerusi ‘Renungan Isnin’ itu berkata, beberapa ahli Parlimen kluster mahkamah adalah kepunyaan UMNO dan beberapa lagi adalah milik parti politik lain.

Tambahnya, beberapa ahli Parlimen kluster mahkamah ini telah dilukis hitam dan yang lain adalah neutral.

“Semua ahli Parlimen kluster mahkamah adalah lelaki, tiada daripada mereka wanita. Beberapa ahli Parlimen menjadi katak dan kes-kes mereka digugurkan,” katanya dengan nada menyindir.

Beliau turut menyatakan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac ini adalah untuk pengundi-pengundi Johor dan mereka akan mengundi pada waktu tersebut serta sebuah kerajaan negeri baharu akan dibentuk selepas itu.

“13 Mac 2022 hidup kita akan diteruskan dan begitu juga prosiding mahkamah terhadap kluster mahkamah,” jelasnya.