Thursday, May 15, 2025

BERITA PILIHAN

SENARAI BERITA BERKAITAN

Tahniah Onn Hafiz, kini masa untuk bersama bina Johor yang lebih makmur – Hasni

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menyeru semua pihak untuk bersama-sama membina Johor yang lebih makmur.
Seruan itu dibuat selepas kemelut pemilihan Menteri Besar Johor ke-19 selesai, dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
“Seperti yang saya telah nyatakan, tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim.
“Kini, masa untuk kita bersama-sama membina Johor yang lebih makmur. Insya-Allah di bawah kepimpinan baharu, Negeri Johor yang kita cintai ini akan menjadi lebih makmur dan sejahtera.
“Tahniah kepada YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor Ke-19,” kata Adun Benut itu dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya pada Selasa.
Onn Hafiz dipilih sebagai Menteri Besar Johor dan upacara mengangkat sumpah telah dilaksanakan di hadapan Sultan Johor. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.