Friday, April 25, 2025

BERITA PILIHAN

SENARAI BERITA BERKAITAN

Ideologi DAP bandingkan ekonomi Malaysia dengan Singapura tidak relevan

Ideologi ahli DAP yang membandingkan ekonomi Malaysia dengan Singapura telah ditentang oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery menyifatkan idelogi tersebut tidak boleh diguna pakai di Malaysia berikutan perbezaan nilai mata wang dan kos kehidupan di negara ini dengan Singapura.

“Singapura mengenakan 7% GST. Harga petrol dah cecah SIN 4 dollar (RM12 ringgit). Parking mahal, rumah mahal. Sewa mahal. Kerja kuat untuk hidup,” kata Shabery menerusi posting di Facebooknya.

Sebelum ini, ahli DAP mengeluarkan kenyataan yang menyatakan negara kecil Singapura boleh memiliki wang rizab 4 kali ganda dan pendapatan per kapita mereka yang tinggi berbanding negara Malaysia.

Shabery menegaskan, beliau tidak menafikan sistem Singapura yang lebih efisien daripada negara ini namun perlu diketahui masih wujudnya Internal Security Act (ISA) di sana dan kebebasan bersuara juga tidak sama.

“Negara kecil cabaran berbeza. Contoh, Bahagian Miri sahaja memerlukan 4 airport. Seluruh Sarawak lebih 20. Seluruh Malaysia lebih lagi,” ujar Shabery.

Dalam masa yang sama, beliau juga menyebut mengenai menara komunikasi yang tidak diperlukan dalam jumlah yang banyak di negara kecil berbanding ribuan di seluruh Malaysia.

Begitu juga dengan membekalkan tenaga elektrik di satu negara yang tidak mudah.

“Ideologi DAP ialah Singapura. Itu yang kita nampak. Banyak lagi yang tersembunyi tetapi tidak dizahirkan. Selamat mencoba lagi,” ujarnya lagi.