Monday, November 10, 2025

BERITA PILIHAN

SENARAI BERITA BERKAITAN

Program MADANI Rakyat Zon Tengah

Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor, kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil Disember lalu. 

Pelbagai pameran dan perkhidmatan disediakan terus kepada rakyat; antaranya reruai kementerian, perkhidmatan secara langsung, Jualan Agro MADANI, Jualan Mega MADANI melibatkan usahawan serta pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Perasmian program akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri dan pimpinan kerajaan negeri Selangor. Ayuh ke Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 23 hingga 25 Februari 2024, bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam.