Festival ReGQAF yang akan diadakan selama 10 hari bertempat di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya dari tarikh 23 Februari – 03 Mac 2024. Dengan bertemakan “Pameran Gaya Hidup Islami”.
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi – 9.00 malam (Sabtu dan Ahad)
Pelbagai program menarik disusun bagi mengisi cuti sekolah anda seisi keluarga, antaranya
🔹Turun ke lantai KILANG percetakan al-Quran dan melihat dgn lebih dekat bagaimana lembaran al-Quran dicetak dari sehelai kertas. Peluang ini hanya ada di ReGQAF kerana untuk hari-hari biasa, pelawat dibenarkan melihat dri tingkat 1 melalui kaca cermin sahaja.
🔹Melihat pelbagai pameran/cenderahati produk seni Islamik terutamanya seni khat hasil Yayasan Restu dan juga dari beberapa buah negara luar yg menyertai ReGQAF (Turkeye dll.).
🔹Pameran Jubah Melambangkan Ketinggian Nabi Adam a.s
🔹Dapatkan al-Quran dan buku-buku keluaran Yayasan Restu dgn harga istimewa.
🔹Melihat pameran kiswah kaabah dan pameran replika pedang Rasullullah SAW serta para sahabat.
🔹Majlis ilmu dan selawat serta program utk seisi keluarga.
🔹Rumah yang dibina khas utk pameran Hiasan Dalaman islamik yg menarik dgn doa dan ayat al-Quran serta seni halus Islamik sesuai utk persediaan hiasan rumah di Aidilfitri.
🔹Penyalinan mushaf al-Quran beramai-ramai dari khatat Malaysia dan juga khatat Antarabangsa