KUALA LUMPUR: Satu sidang Khas Parlimen bagi membahaskan isu banjir akan berlangsung bagi pada 20 Januari depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi satu kenyataan, Ismail Sabri memaklumkan Mesyuarat Khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Sidang Parlimen itu, jelas Perdana Menteri akan membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.








