DATO Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Bogawan.

Perdana Menteri ditemani, isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Turut berangkat ialah Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

“Saya kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan baginda Sultan Hassanal Bolkiah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu Perdana Menteri bersama isteri tiba di Brunei malam tadi bagi lawatan rasmi selama dua hari di negara jiran berkenaan.

Lawatan itu antara lain bertujuan merapatkan kerjasama yang sedia terjalin dan memperkukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini