Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yakin dia masih mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk Bersatu untuk terus memimpin kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Bera itu berkata Bersatu sebelum ini sudah menafikan khabar angin bahawa mereka ada membincangkan kedudukannya sebagai perdana menteri dalam mesyuarat parti terbabit pada 8 Jun lalu.

Katanya, Bersatu juga telah menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan yang ada kini.

Menegaskan dia tidak menyertai mesyuarat pemimpin kanan Bersatu, Ismail Sabri berkata, sebelum ini ada khabar angin yang mendakwa parti terbabit membincangkan kedudukannya sebagai perdana menteri.

“Tapi ia telah dinafikan segera oleh Timbalan Presiden Bersatu (Ahmad Faizal Azumu).

“Dia kata setakat hari di Bersatu, PAS, GPS dan lain-lain termasuk PH (Pakatan Harapan) yang menandatangi MOU (memorandum persefahaman) menyatakan akan terus menyokong kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya dalam sidang media di ibu kota hari ini.

Pada 13 Jun lalu, Ahmad Faizal berkata mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 8 Jun lalu tidak membincangkan kedudukan Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata mesyuarat terbabit hanya membincangkan soal persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 selain hal berkaitan rakyat, termasuk kos sara hidup dan krisis makanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini