JERUSALEM, ISRAEL - APRIL 15: Israeli police officers stand on a roof top near Al-Aqsa Mosque following clashes with muslim prayers during the second Friday prayer of the Muslim holy month of Ramadan on April 15, 2022 in Jerusalem, Israel. The overlapping religious holidays Ramadan for Muslims, Passover for Jews and Easter for Christians in Jerusalem has increased tensions around contested sacred sites. (Photo by Amir Levy/Getty Images)

“Wanita dari semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun dan lelaki berusia lebih 55 tahun bagaimanapun akan dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit,” Agensi Anadolu memetik penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah, Mej Jen Ghassan Alyan, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pegawai Israel itu juga berkata “kelulusan keselamatan” diperlukan bagi rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melawat saudara mereka di 48 wilayah atau warga asing melawat saudara mereka di Tebing Barat.

Di Semenanjung Gaza Israel mengenakan “kuota terhad” untuk wanita berumur 50 tahun ke atas dan lelaki berumur 55 tahun ke atas dari Ahad hingga Khamis untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, menurut kenyataan itu.

Ketegangan meningkat di seluruh Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini susulan serbuan tentera Israel ke bandar-bandar Palestin.

Hampir 90 rakyat Palestin dan 14 warga Israel terbunuh dalam serangan berasingan sejak awal tahun ini. – Bernama, 22 Mac, 2023