Ketua Penerangan Umno Kelantan, Zawawi Othman mengingatkan Annuar Musa bahawa bekas pemimpin Umno itu juga perlu dipertanggungjawabkan atas kegagalan BN menawan negeri itu daripada PAS.

Dia berkata demikian bagi mengulas kenyataan Annuar bahawa selama 34 tahun Umno berikrar merampas negeri itu, namun tewas setiap kali pilihan raya.

“Kita juga jangan lupa bahawa Annuar pernah menjadi Pengerusi Barisan Nasional Kelantan (1994-2001) dua kali.

“Kegagalan ini juga harus dipertanggungjawabkan kepada beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu Annuar berkata Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden Umno sepatutnya membina keyakinan ahli-ahlinya dengan menyatakan komitmennya untuk mempertahankan tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023.

“Tetapi rakyat pun dah buat tekad siapa yang mereka nak undi. Saya ‘respect’. Itu tugas dia. Tapi di Kelantan pun selama 34 tahun (Umno) berikrar untuk merampas negeri itu, tapi tiap-tiap kali pilihan raya, kalah juga,” kata Annuar.

Mengulas lanjut Zawawi berkata, apa yang penting Umno sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat Kelantan mengenai masalah yang melanda negeri itu dan memberi pilihan kepada mereka untuk memilih BN atau PAS.

Menurutnya, Umno negeri itu juga telah menjangkakan penyertaan Annuar ke dalam PAS disebabkan kecenderungannya menyokong Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini