Jabatan Perbendaharaan US pada 19 Disember 2023 Mengumumkan sekatan ke atas 4 syarikat Malaysia kerana membantu pembelian peralatan dari US dan negara lain bernilai ratusan juta Dolar untuk Program Dron Pasukan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Iran(IRGC) yang dipimpin Hossein Hatefi Arkadani.

4 syarikat yang disekat ialah

1) Skyline Advanced Technologies SDN BHD (Skyline)( Disekat kerana digunakan untuk membeli analisa spektrum dan servomotor untuk UAV)

2) Integrated Scientific Microwave Technology SDN BHD (ISM Tech)(Disekat kerana digunakan untuk membeli Unit pengukur inersia)

3) Arta Wave SDN BHD (Arta Wave)(Disekat kerana digunakan untuk membeli ribuan Servomotor dan membantu memantau pembelian 1,000 servomotor untuk Arkadani)

4) Nava Hobbies SDN BHD (Nava Hobbies)(Disekat kerana membantu memantau pembelian motor elektrik, pam minyak elektrik dan servomotor untuk Arkadani)

4 syarikat ini melanggar peraturan E.O 13382 kerana memberikan atau cuba memberikan bahan , kewangan, teknologi atau perkhidmatan kepada Arkadani Hossein Hatefi Arkadani merupakan pegawai khas Kor Pengawal Revolusi Iran bertanggungjawab untuk memantau rangkaian transaksi antarabangsa untuk Iran. Terutama peralatan dron untuk Kor Pengawal Revolusi Iran. Dia telah menggunakan syarikat syarikat bayangan antaranya di Malaysia, Hong Kong dan Indonesia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini