NTW merupakan minggu yang berfokuskan latihan bertujuan menanam budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia melalui peluang pembangunan kemahiran. Inisiatif ini telah diusahakan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDC) pada tahun 2023 dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Dengan wujudnya program sebegini, NTW memberi ruang bagi ahli akademik mahupun bukan akademik di UMPSA untuk berkongsi kepakaran mereka sama ada kepada penduduk setempat khususnya mahupun warga Malaysia secara amnya. Perkongsian kepakaran yang ada merupakan satu kaedah mempromosi dan memperkenalkan UMPSA kepada semua. Pendekatan yang menarik dan berbeza sudah tentu akan menjadi satu daya tarikan yang luar biasa kepada para peserta yang menghadiri latihan ini. Penggunaan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) boleh diperkenalkan kerana dapat memberi satu kelainan agar seiring dengan perubahan zaman dan teknologi. Penerapan Kecerdasan Buatan ini seharusnya digunakan agar para peserta kursus dapat melalui proses ini dengan secara langsung.