Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan bahawa, menuduh PRN Johor diadakan sebagai cara untuk melarikan diri daripada dipenjarakan dan dilakukan oleh orang terdesak yang kemaruk kuasa dan takut penjara adalah kenyataan tidak berasas dan kehabisan modal.

Shamsul berkata dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful tentang kononnya DUN Johor dibubar atas desakan ‘Kluster Makamah’ adalah sangat tidak wajar.

Jelasnya, Wan Saiful berniat jahat dan cuba menimbulkan kemarahan rakyat kepada UMNO-BN ekoran pembubaran DUN Negeri Johor.

“Setelah merangka Manifesto PH PRU-14 yang ternyata gagal dilaksana, Ketua Penerangan Bersatu yang juga gagal membawa PTPTN ke tahap yang lebih baik ‘bersangka jahat’ apabila tidak berhenti henti menggunakan istilah ‘kluster makamah’, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.

Menurut beliau, menuduh PRN Johor diadakan sebagai cara untuk melarikan diri daripada dipenjarakan dan dilakukan oleh orang terdesak yang kemaruk kuasa dan takut penjara adalah kenyataan tidak berasas dan kehabisan modal.

“Faktanya DUN Johor dibubarkan atas perkenan Tuanku Sultan Johor setelah dipersembahkan oleh YAB Menteri Besar Johor sesuai dengan Undang Undang Negeri Johor.

“Pasti keputusan dibuat setelah mengambil kira pelbagai perkara. Maka, memberikan gambaran kononnya DUN Johor dibubar atas desakan ‘Kluster Makamah’ adalah sangat tidak wajar,” tambah beliau.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong menjelaskan UMNO-BN adalah parti yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Parti itu tidak sesekali membuat keputusan atas kepentingan individu. Rakyat Negeri Johor memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat.

Membubarkan DUN Johor yang akhirnya membawa kepada PRN Johor adalah gambaran bahawa UMNO-BN bertanggungjawab menyerahkan kembali kuasa memilih kepada rakyat agar rakyat Johor dapat menentukan kerajaan yang sebenar untuk memimpin Negeri Johor.

Oleh itu, mandat yang diperolehi dalam Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor setelah mendapat pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah bukti kesepakatan diperolehi sebelum suatu keputusan dibuat.

Johor merupakan negeri yang strategik di Selatan Semenanjung Malaysia. Negeri itu wajib mempunyai kerajaan negeri yang stabil kerana saingan Johor adalah Singapura. Jadi, bagaimana ekonomi mahu berkembang baik jika situasi politik tidak stabil. Yang rugi adalah rakyat.

Justeru itu, menyerahkan kembali mandat kepada rakyat adalah tindakan bertanggungjawab UMNO-BN.

Hal ini penting agar semua pihak akan berkeyakinan dengan kerajaan yang bakal dibentuk nanti

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini