Ahli Misi HM4P sedang menyiapkan pakej bantuan yang akan diberikan kepada 5000 keluarga di Gaza

 

KUALA LUMPUR: Misi HM4P bersedia menyantuni 5000 keluarga yang terjejas sebagai program pertama mereka sejurus masuk ke dalam Gaza.

Segala persiapan dan persediaan team HM4P untuk memasuki Gaza telah dilaksanakan dan kini hanya menunggu kelulusan ke Gaza daripada kerajaaan Mesir.

Pengerusi BKUM, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, “saya pohon doa dari semua agar kami dapat masuk ke gaza serta menyelesaikan misi bantuan ini secepat mungkin supaya kami dapat segera pulang ke tanahair bagi meneruskan pula tugasan kami terhadap rakyat Malaysia yang tercinta.

Bagi pihak umno saya selaku Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg mendoakan serta menyumbangkan wang ringgit demi membantu saudara Palestin kita”.

Misi HM4P yang bermula 19 Jun lalu kini memasuki hari ke-12 dalam menyatakan solidariti kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini