Israel kini mengancam lebih banyak wartawan yang membuat liputan di Baitulmaqdis Timur demi menutup perbuatan mereka dari diketahui dunia luar.
Menurut satu kenyataan oleh Kementerian Penerangan Palestin, berlaku 35 keganasan terhadap wartawan di Baitulmaqdis, bulan lalu.
Baru-baru ini, polis Israel menangkap wartawan Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar, Givara al-Budeiri, dan aktivis Palestin, Muna al-Kurd.
Ketegangan bermula di wilayah itu pada akhir April lalu dengan serangan pasukan keselamatan Israel di Masjid Al-Aqsa.
Ia kemudian meningkat menjadi kekerasan di Tebing Barat yang diduduki serta kawasan dihuni Arab Israel, dan berubah menjadi operasi ketenteraan Israel terhadap Semenanjung Gaza yang dikepung.
Wartawan yang membuat liputan mengenai tindakan keganasan di wilayah terbabit, menjadi sasaran pasukan Israel.
Petugas media dilaporkan diserang dengan peluru plastik dan gas pemedih mata, malah ada yang ditahan.
Serangan Israel yang menyasarkan Gaza selama 11 hari, berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu.

