Menteri Penyelaras Imunisasi Kebangsaan Covid-19, Khairy Jamaluddin akan menyenaraikan Vaksin AstraZeneca ke dalam senarai vaksin arus perdana Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 berikutan sambutan menggalakkan orang ramai terhadap vaksin itu.
Khairy berkata, keputusan untuk melaksanakan melalui kaedah sukarela atau ‘opt-in’ dibuat setelah melihat keengganan dalam kalangan masyarakat menerima vaksin AstraZeneca disebabkan laporan mengaitkan vaksin berkenaan dengan kes pembekuan darah.
“Walaubagaimanapun selepas melihat sambutan memberangsangkan, kita melihat tahap keengganan terhadap vaksin AstraZeneca terhakis.
“Jadi selepas ini kita buat keputusan untuk bulan-bulan akan datang, kita tidak lagi melaksanakan AstarZeneca secara’opt-in’ dan sebaliknya kembali dimasukkan ke dalam senarai vaksin arus perdana Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19,” katanya.
Dalam pada itu, khairy berkata, mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan mempertimbangkan syor Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin Covid-19 (JKPCV), berhubung dengan cadangan untuk memanjangkan selang masa dos kedua untuk vaksin Pfizer-BioNtech, daripada tiga minggu kepada enam minggu.
Beliau berkata, keputusan untuk menambah penjarakan masa vaksin itu bergantung kepada situasi penularan ‘varian of concern’ (VOC) dalam negara.
“Walaupun strategi untuk kita tambah masa penjarakan Pfizer-BioNtech daripada tiga minggu kepada enam minggu akan membolehkan kita membolehkan kita memberikan vaksin kepada lebih ramai orang, keputusan itu perlu diimbangi. Kita melihat kepada kewujudan VOC, yang mana ini akan memberi kesan kepada keberkesanan vaksin tersebut.
“Kita akan melihat kepada ‘prevalence’ VOC dan sekiranya lokaliti di mana ‘prevalence’ VOC itu adalah rendag, maka kita boleh buat keputusan untuk menambahkan jarak atau selang masa antara dua dos Pfizer-BioNtech,” katanya.
Buat masa ini, beliau berkata, kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan selang masa antara dos pertma dan kedua vaksin Pfizer-BioNtech kepada tiga minggu, di kawasan di mana adanya ‘prevalence’ VIC B.1.617.2.
“Ini adalah selari dengan keputusan terkini dari negara lain yang melihat kepada isu VOC di mana satu dos sahaja tidak memberi perlindungan yang efektif kepada penerima vaksin terhadap varian B.1.617.2,”katanya.

