Industri seni negara hari ini dikejutkan dengan kehilangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi dan pengarah yang terkenal negara.
Ramasundran Rengan yang terkenal dengan watak Rajoo dalam sitkom Spanar Jaya disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira 2 pagi, Rabu.
Dipercayai, beliau mengalami bengkak kaki dan dibawa ke bahagian kecemasan antara jam 12.00 pagi sehingga 12.30 pagi sebelu doktor mengesahkan bahawa Saudara Ramasundran telah tiada.
Berita sedih kehilangan seniman negara berusia 57 tahun itu juga disahkan oleh Setiausaha agung Persatuan Seniman Malaysia, melalui hantaran Hafiz Nafiah yang dikongsi menerusi laman Facebook persatuan itu.
Bagi meraka yang mengenali Rama, pasti terasa kehilangan seorang seniman yang berdedikasi tinggi terhadap tugas dan tanggungjawabnya.

