PETALING JAYA: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid disahkan positif COVID-19.

FINAS dalam kenyataannya menyebut, Zakaria disahkan dijangkiti COVID-19 selepas menerima keputusan ujian saringan, semalam.

Kenyataan itu menyebut, Zakaria sedang menjalani tempoh kuarantin berdasarkan saranan dan pemantauan Kementerian Kesihatan.

Sepanjang tempoh rawatan Zakaria, segala urusan dan operasi FINAS akan berjalan seperti biasa.

  • BH ONLINE

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini