Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman agar memohon maaf atas pengendalian sidang media susulan tragedi kemalangan LRT.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, beliau menegur Tajuddin dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada wartawan yang hadir terutama wartawan Phoenix TV.

“Dia akui, dia tak sepatutnya mengendalikan sidang media sebegitu rupa.

“Dia sendiri akui, sidang media itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik dan penuh empati serta maklumat.

“Dia juga akan meminta maaf kepada wartawan yang hadir terutama wartawan Phoenix TV,” katanya.

Turut disarankan agar pihak Prasarana menaikkan jumlah bantuan kepada mangsa yang cedera dari RM1,000 ke angka yang lebih memuaskan dan melakukan siasatan secara lebih terperinci.

“Prasarana juga akan membantu mangsa untuk menuntut pampasan dari PERKESO dan dari majikan yang mempunyai insurans swasta bagi pekerja.

“Berjanji bahawa dia akan memastikan siasatan penuh punca tragedi tidak akan menyorok sebarang maklumat atau melindungi sesiapa serta memastikan penambah baik SOP keselamatan akan dilaksanakan secepat mungkin agar tragedi seumpama ini tidak berulang,” katanya.

Beliau juga turut mengulas bahawa Tajuddin akan meletakkan jawatan sebaik sahaja Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengarahkan semua ahlinya meletak jawatan pada masa yang sesuai.

“Berjanji akan letak jawatan sebaik sahaja MKT UMNO arahkan semua ahli UMNO untuk meletak jawatan pada masa yang sesuai seperti keputusan PAU UMNO beberapa bulan lepas,”katanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini