Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel cuba menyekat media sosial ekoran tunjuk perasaan yang diadakan penduduk Israel berketurunan Palestin kerana membantah serangan rejim di Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza yang dikepung.

Akhbar Israel melaporkan pada Ahad, Netanyahu berusaha untuk menyekat media sosial semasa serangan di Gaza pada 10 hingga 20 Mei lalu.

Menurut Pegawai, Netanyahu mencadangkan sebanyak dua kali agar media sosial disekat tetapi cadangannya ditolak oleh Peguam Negara Israel Avichai Mandelblit dan pihak pegawai keselamatan.

Netanyahu dikatakan mengemukakan cadangan itu dengan alasan sekiranya kemungkinan berlakunya sebarang rusuhan dengan dakwaan penduduk Israel berketurunan Palestin mahu menganjurkan tunjuk perasaan melalui aplikasi TikTok.

Dalam pada itu, Walla News berkata bukan Netanyahu yang mengesyorkan untuk menyekat media sosial, sebaliknya beliau cenderung menyokong rancangan yang dicadangkan oleh pihak pegawai keselamatan.

Seramai lebih kurang 255 penduduk Palestin terbunuh, termasuk 66 kanak-kanak dan 39 wanita dan lebih 1,900 yang lain cedera dalam 11 hari serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.

Serangan Israel di Tebing Barat sejak 13 April pula meragut sekurang-kurangnya 34 nyawa rakyat Palestin.

Rajim Israel menghentikan serangan susulan gencatan senjata yang dipersetujui pada 21 Mei yang menjadikan Mesir sebagai orang tengah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini