Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023

Lama tidak beraksi bersama skuad negara punca Skuad Harimau Malaya tewas empat kosong di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pertama baki Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai, sebentar tadi.

Aksi malam tadi melihatkan Tuan rumah menguasai hampir keseluruhan permainan dan terlebih dahulu menghantar amaran awal menerusi percubaan Khalil Ibrahim pada minit keenam .

Selepas tiga percubaan, akhirnya UAE mendapat jaringan pertama menerusi penyerang ali Mabkhout pada minit ke 19 menjadikan satu kosong.

Malaysia tampil lebih baik dalam 10 minit terakhir babak pertama namun peluang terbaik yang hadir pada minit ke-42 disia-siakan selepas tandukan Guilherme de Paula tidak menuju ke arah pintu gol UAE.

Bersambung babak kedua, aksi lebih kemas ditunjukkan skuad negara sebelum kealpaan mereka nyaris dihukum pada minit ke-63 menerusi percubaan Fabio Lima yang berjaya diselamatkan Farizal.

Bagaimanapun, UAE mematikan langkah skuad negara selepas Lima meledak gol kedua pada minit ke-83 sebelum tuan rumah meledak dua lagi gol pada masa tambahan masing-masing menerusi Ali dan Lima.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini