KUALA LUMPUR: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan kesemua 89 gol yang pernah dijaring legenda negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari bersama Harimau Malaya, sekali gus meletakkannya sebagai penjaring kedua terbanyak dunia selepas Cristiano Ronaldo (Portugal) dan Ali Daei (Iran).

Mokhtar yang lebih dikenali sebagai ‘supermokh’ mengumpul 89 gol daripada 142 penampilan bersama skuad bola sepak negara sebelum meninggal dunia pada 11 Julai 1991 di usia 37 tahun.

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan FIFA dalam ciapan Twitternya hari ini, Mokhtar berjaya memintas jaringan legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.

Itu bermakna, Allahyarham pernah memegang gelaran penjaring terbanyak dunia pada waktu itu, sebelum rekod berkenaan dipintas Ali yang memulakan koleksi 109 golnya pada 1993.

 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini