Dua kadet dari Malaysia dipilih memasuki akademi tentera Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini daripada calon seluruh dunia.
Dua calon kadet yang berjaya mendapatkan tempat dalam akademi itu adalah Mohamad Khairel Adha Khairee dan Nicholas Ong Yong Xen.
“Tahniah kepada kadet Malaysia, Mohamad Khairel Adha bin Mohd Khairee yang akan memasuki Akademi Tentera Udara AS dan Nicholas Ong Yong Xen yang akan memasuki Akademi Tentera Laut AS.
“Sertai Kedutaan AS dan Duta Brian McFeeters pada majlis keberangkatan pemuda #Malaysia.
“Tahniah diucapkan kepada kadet terpilih bagi memulakan satu lagi perjalanan dan pengalaman baru dalam hidup mereka,” menurut laman facebook rasmi kedutaan hari ini.
Majlis keberangkatan tersebut akan diadakan secara langsung (LIVE) menerusi laman facebook kedutaan (U.S Embassy Kuala Lumpur ) pada 9 Jun ini, jam 9 pagi.

