KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
Pertama saya merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana saya diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan pastinya pimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.
2. Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.
3. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli. Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar.
Terdahulu, ahli parlimen itu juga pernah menzahirkan bahawa dia bersedia untuk meletakkan jawatansebagai bukti kesetiaannya kepada UMNO yang berjuang semata-mata untuk rakyat, bukan jawatan.
“Saya secara peribadi akan akur dan patuh atas apa juga keputusan yang parti lakukan. Sebagai pemimpin, kita tak boleh mempunyai agenda peribadi. Keutamaan adalah agenda parti.
“Maka, apa juga keputusan parti, itu akan menjadi pendirian saya,”
“Dah tentu sebagai pemimpin saya akur dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh parti,” katanya.






