Seorang Timbalan Menteri didakwa menikah seorang lagi di selatan Thailand ketika rakyat negara ini berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Menurut salinan surat nikah yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat itu, pernikahan mereka berlangsung pada 1 Jun lalu, hari kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengarahkan PKP penuh di seluruh negara.

Majlis tersebut dikatakan berlangsung di Masjid Kedai Baru, Jajahan Sungai Golok, Wilayah Narathiwat.

Susulan daripada itu, Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Thailand akan menjalankan siasatan termasuk memanggil seorang imam Masjid Kedai Baru, Sungai Golok yang menjalankan majlis akad nikah tersebut secara dalam talian.

Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat menjelaskan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.

Menurut satu laporan AWANI, beliau menjelaskan “Kita akan panggil imam itu, untuk dapatkan maklumat, ita akan tanyakan perkara itu, kerana majlis agama tidak bagi kebenaran nikah menggunakan telefon (online), ”

Sijil berkenaan antara lain memaparkan tarikh pernikahan pada 1 Jun lepas dengan pasangan yang berusia 20an.

Ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di selatan Thailand tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas negara bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini