Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lontar pandangan bahawa dunia memerlukan pendekatan baharu dalam menangani Covid-19.

Beliau berkata demikian melalui hantaran di laman Facebook rasminya, susulan kemunculan varian-varian baharu yang menyebabkan peningkatan kes di seluruh dunia

Menurut beliau, perkara itu disampaikannya semasa Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar ASEAN-Rusia yang diadakan secara maya petang semalam.

“ASEAN-Rusia banyak fokus terhadap usahasama menangani Covid-19 sejak setahun lalu,” katanya.

Dalam konteks isu-isu serantau, Hishammuddin menekankan pandemik Covid-19 meningkatkan persaingan kuasa-kuasa besar dunia serta melemahkan sistem pelbagai hala.

“Dalam hal ini, ASEAN mesti kekal sebagai teras Asia Pasifik manakala Rusia mesti terus menyokongnya demi keamanan serta kestabilan di rantau ini,” katanya.

Mesyuarat khas itu dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini