Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa tidak mudah bagi rakyat Malaysia untuk memasuki Gaza, Palestin dalam pelbagai misi bantuan terutama dari kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau yang merupakan Bekas Perdana Menteri berkata, ini termasuklah dirinya yang masih belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Gaza atas pelbagai sebab terutamanya berkaitan soal keselamatan meskipun ketika tempoh beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali.

Selain itu, Dr Mahathir menyatakan bahawa terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk memasuki kawasan terbabit termasuk mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Mesir.

“Kalau nak masuk (ke) Gaza bukan mudah tetapi (tetap) ada cara-cara (dia), kalau kita boleh bekerjasama dengan Mesir umpamanya, kita boleh masuk dari (sempadan) Mesir (ke Gaza), jadi ada dua tiga orang (pemimpin juga saya difahamkan) yang berjaya masuk, bahkan saya fikir (Perdana Menteri ketika ini), (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) biasa masuk.

“Itu semua terpulang kepada authority (pihak berkuasa) di situ, kalau dia nak terbang (atau memulakan perjalanan) dari Mesir, dia kena dapat kebenaran dari (pihak kerajaan) Mesir.

“Saya rasa Gaza terima lawatan daripada sesiapa pun, tetapi yang sekat (adalah) Israel dan kadang-kadang Mesir pun tak bagi lalu (atas faktor keselamatan),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa amalan untuk menggunakan agen atau pihak tertentu dalam usaha memasuki Gaza adalah perkara biasa dan ada dalam kalangan mereka yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran yang tinggi kepada individu-individu dari Malaysia..

Terdahulu, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menyifatkan tuduhan yang mengatakan beliau menyukarkan usaha pihak lain untuk masuk ke Gaza selepas misi kemanusiaannya baru-baru ini, sebagai satu fitnah besar yang melampau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini