Foto - Ikhsan FB Daniel Cheng

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki berstatus orang kelainan upaya (OKU) jana pendapatan melalui jualan dalam talian mahupun menghidap Cerebral Palsy (CP) sejak lahir.

Daniel Cheng, 30 tahun yang juga yatim piatu akur beliau perlu berusaha dan berdikari untuk terus menampung kos kehidupan dirinya.

Beliau yang kini menetap di Puchong tidak keseorangan dan turut dibantu oleh rakan-rakannya terutama daripada segi kewangan dan tenaga bagi memperoleh dan menguruskan produk jualan.

Melalui kemudahan dan kecanggihan teknologi pada masa ini, Daniel menggunakan platform media sosial Facebook sepenuhnya bagi mempromosi barangan jualan secara atas talian.

Perniagaan atas talian yang dijalankan olehnya bermula pada awal tahun lepas ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0, namun sambutan yang diterima tidak begitu menggalakkan kerana kurang dikenali.

Sebelum menjalankan perniagaan, Daniel bekerja sebagai pemasar digital di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Namun kini dia memilih untuk beralih ke arah perniagaan kerana mempunyai minat sejak dahulu lagi dalam bidang ini. Memikirkan tentang kos sara hidup yang perlu ditanggungnya sendiri, dia terus cekal dan berdikari bagi mendapatkan pendapatan walau dengan pelbagai cara sekalipun.

Ditanya pula tentang cabaran yang terpaksa dihadapi terutama semasa pandemik, Daniel menyatakan bahawa hidupnya sejak dahulu lagi penuh dengan liku yang harus diteruskan sebagai warga (OKU).

“Pandemik atau pun tidak, kehidupan saya memang penuh dengan cabaran kerana keadaan diri saya yang tidak mampu untuk melakukan banyak perkara secara sendirian. Saya terpaksa berpaut kepada bantuan rakan-rakan terutama bagi menjalankan urusan harian.”

Untuk saluran Bantuan, anda boleh hubungi nombor berikut: Daniel Cheng (01121381134)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini