Alor Setar : Video yang tular di media sosial mengenai projek tanaman durian Musang King terbesar di dunia merupakan rakaman lama.

Menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, kerajaan negeri telah memberhentikan projek berkenaan pada Julai 2020 selepas beliau mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Projek berkenaan telah menyebabkan penduduk gusar kerana banjir kilat telah melanda dan merosakkan alam.

Ujar Sanusi, beliau tidak tahu apa tujuan video itu ditularkan semula dan beliau telah meminta laporan penuh keadaan semasa di kawasan itu.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan mengutamakan rakyat dan menolak perlanggaran undang-undang demi menjaga kesejahteraan rakyat.

Hal ini kerana durian tidak termasuk dalam spesies yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan dan telah melanggar peraturan yang sepatutnya. Durian Musang King telah ditanam sebanyak 2,000 ekar dan telah diberikan arahan untuk berhenti serta merta pada tahun lalu.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Kedah mengarahkan syarikat yang menjalankan projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas di Baling supaya menghentikan segera aktiviti terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini