KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad hassan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO berkuatkuasa serta merta.
Zahid Hamid turut menjelaskan bahawa penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.
“ Dengan kedudukan YB Dato; Seri Utama Haji Mohamad Hassan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, ia akan memudahkkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya yang meliobatkan semua parti-parti komponen Barisan Nasional.
Selain itu, UMNO Malaysia juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menggalas amanah sebagai pengarah Pilihan Raya UMNO.


