KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertemu hari ini di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia susulan Umno menarik balik sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta, awal pagi Khamis.
Beberapa menteri Kabinet dan pegawai kerajaan dikesan di kediaman Perdana Menteri sejak awal pagi itu.
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, parti itu secara rasmi menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kerana kegagalan kerajaan dmemenuhi aspirasi rakyat yang digariskan oleh majlis tertinggi parti itu, sebelum ini.

