SILVERSTONE, Britain: Lewis Hamilton dituduh sebagai ‘berbahaya dan kurang sopan’ bagi merebut kembali mempertahankan gelaran apabila memenangi Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) British yang menyaksikan pendahulu kempen 2021, Max Verstappen mendakwa dirinya ‘diheret keluar’ dalam satu pertembungan di pusingan pertama saingan.
Hamilton bagaimanapun membalas dakwaan itu selepas perlumbaan dengan mengatakan dia tidak melakukan sebarang ‘unsur membuli’.
Dengan sokongan padu lebih daripada 140,000 penonton, Hamilton cuba memintas Verstappen di selekoh Copse di pusingan pertama saingan.
Verstappen enggan menyerah dan kedua-dua tayar jentera dipandu mereka bersentuhan dan Red Bul ‘dihimpit’ keluar daripada trek sehingga terkena penghadang keselamatan. Hamilton bagaimanapun meneruskan perlumbaan dengan rim tayar yang rosak.
“Syukur saya OK,” tulis Verstappen dari hospital dalam satu hantaran di Twitter. “Sangat kecewa apabila dikeluarkan seperti ini.”
Prinsipal pasukannya, Cristian Horner dalam pada itu berkata: “Saya harap Lewis sangat gembira dengannya. Ia satu kemenangan yang tidak bermakna.
Hamilton yang memenangi GP British buat kali kelapan dalam kariernya begitupun mempersalahkan Verstappan yang dianggapnya agresif.
“Saya tidak fikir dia perlu menjadi agresif sebegitu,” katanya. “Saya tidak akan menyerah kepada sesiapapun. Saya tidak akan membuli sekiranya ia kurang agresif. Kami memerlukan mata. Dia membuka ruang dan saya mencabarnya.”
Keputusan:
1. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes) 1hr 58 min 23.283 saat
2. Charles Leclerc (MON/Ferrari) at 3.871
3. Valtteri Bottas (FIN/Mercedes) 11.125
4. Lando Norris (GBR/McLaren-Mercedes) 28.573
5. Daniel Ricciardo (AUS/McLaren-Mercedes) 42.624
6. Carlos Sainz (ESP/Ferrari) 43.454
7. Fernando Alonso (ESP/Alpine-Renault) 1:12.093
8. Lance Stroll (CAN/Aston Martin-Mercedes) 1:14.289
9. Esteban Ocon (FRA/Alpine-Renault) 1:16.162
10. Yuki Tsunoda (JPN/AlphaTauri-Honda) 1:22.065
11. Pierre Gasly (FRA/AlphaTauri-Honda) at 1:25.327
12. George Russell (GBR/Williams-Mercedes) 1 pusingan
13. Antonio Giovinazzi (ITA/Alfa Romeo-Ferrari) 1 pusingan
14. Nicholas Latifi (CAN/Williams-Mercedes) 1 pusingan
15. Kimi Raikkonen (FIN/Alfa Romeo-Ferrari) 1 pusingan
16. Sergio Perez (MEX/Red Bull-Honda) 1 pusingan
17. Nikita Mazepin (RUS/Haas-Ferrari) 1 pusingan
18. Mick Schumacher (GER/Haas-Ferrari) 1 pusingan
Pusingan terpantas: Sergio Perez (MEX/Red Bull-Honda) 1:28.617 di pusingan ke-50 (purata kelajuan: 239.318 km/h)
Tarik diri: Max Verstappen (NED/Red Bull-Honda) pusingan pertama, Sebastian Vettel (GER/Aston Martin-Mercedes) pusingan ke-41
Kedudukan Kejuaraan Dunia:
Pelumba -
1. Max Verstappen (NED) 185 mata
2. Lewis Hamilton (GBR) 177
3. Lando Norris (GBR) 113
4. Valtteri Bottas (FIN) 108
5. Sergio Perez (MEX) 104
6. Charles Leclerc (MON) 80
7. Carlos Sainz (ESP) 68
8. Daniel Ricciardo (AUS) 50
9. Pierre Gasly (FRA) 39
10. Sebastian Vettel (GER) 30
11. Fernando Alonso (ESP) 26
12. Lance Stroll (CAN) 18
13. Esteban Ocon (FRA) 14
14. Yuki Tsunoda (JPN) 10
15. Kimi Raikkonen (FIN) 1
16. Antonio Giovinazzi (ITA) 1
17. George Russell (GBR) 0
18. Mick Schumacher (GER) 0
19. Nicholas Latifi (CAN) 0
20. Nikita Mazepin (RUS) 0
Pengeluar -
1. Red Bull-Honda 289 mata
2. Mercedes 285
3. McLaren-Mercedes 163
4. Ferrari 148
5. AlphaTauri-Honda 49
6. Aston Martin-Mercedes 48
7. Alpine-Renault 40
8. Alfa Romeo Racing-Ferrari 2
9. Williams 0
10. Haas-Ferrari 0
- AFP


