Utama Uncategorized Caprice akui Silap, Mohon Maaf secara terbuka

Caprice akui Silap, Mohon Maaf secara terbuka

KUALA LUMPUR: Influencer, Caprice memohon maaf secara terbuka di akaun Instagramnya hari ini selepas mendakwa beberapa pendedahan tentang apa yang berlaku di Gaza.
Permohonan maaf itu dikemukakan kepada Ebit Lew selepas mendakwa kehadiran pendakwah dan dermawan itu kurang disenangi dalam lawatanya ke Gaza, Palestin.
Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, 32, juga memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannnya kerana mengikut emosi sehingga berbuat demikian.
Dalam kenyataan permohonan maaf itu, Caprice membuka salam dengan menyebut nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Salam Tunku Mahkota Johor, Hishammuddin dan Ebit Lew, Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice di mana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestin dan demi Rakyat Malaysia.
“Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain. Caprice nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin, Kedutaan Malaysia-Mesir dan Kerajaan Mesir atas layanan baik, sokongan dan perlindungan 24 jam sepanjang Caprice di Mesir,” katanya katanya dalam permohonan maaf itu.
Dalam hantaran itu, Caprice juga berterima kasih dengan pihak kerajaan, Kedutaan Malaysia di Mesir serta kerajaan Mesir di atas segala layanan, sokongan dan perlindungan keselamatan selama 24 jam sepanjang dia berada di negara itu.
Caprice juga dalam kenyataan itu berterima kasih kepada Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang disifatkannya sebagai ‘ayahnya’ sepanjang berada di sana.
“Tak mungkin Caprice dapat membalas segala kasih sayang dan kebajikan yang telah Datuk Seri tunjuk sepanjang misi ini. Kepada semua yang terlibat juga, terima untuk segala-galanya,” katanya.
Selain itu, artis berkenaan juga memohon maaf kepada ibu dan bapanya yang menyuarakan kerisauan terhadap keberadaan serta keadaannya di sana.
“Saya sayang anda dan niat saya mula melangkah sendiri di usia 16 tahun hanyalah untuk membuatkan kamu berdua bangga.
“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia. InsyaAllah, saya akan kembali selepas menunaikan tanggungjawab dan janji kepada rakyat Palestin. Saya minta maaf,” katanya lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

error: haa...nak copy ya !!