Ikhsan Facebook Dr. Radzi Jidin

 

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Radzi Jidin bersama tiga lagi Senator mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara hari ini, sekali gus khidmatnya sebagai Senator dilanjutkan tiga tahun lagi sehingga 16 Julai 2024.

Radzi yang juga Menteri Pendidikan, dilantik sebagai Senator kali pertama pada 17 Julai 2018 dan tempoh pelantikannya tamat pada Jumaat lalu.

Tarikh pelantikan semula Radzi sebagai Senator berkuat kuasa semalam.

Tiga lagi individu dilantik Senator masing-masing dua daripada BERSATU dan seorang mewakili GERAKAN, turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara hari ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim.

Dua daripadanya adalah lantikan semula, iaitu Datuk John Ambrose (BERSATU) dan Datuk Teo Eng Tee (GERAKAN), manakala seorang lagi, Datuk Bobbey Ah Fang Suan (BERSATU), dilantik selepas dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Pelantikan John berkuat kuasa 16 Januari lalu, manakala lantikan Eng Tee bermula hari ini dan lantikan Bobbey berkuat kuasa 5 Januari lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini